Friday 2 November 2018

Post-Thesis

Okay, dia sebenarnya tidak pernah berfikir untuk menambahkan sepasang lagi subang tindik di telinganya. Tetapi, idea itu tiba-tiba muncul apabila dia sedang berjuang untuk menyiapkan tesisnya. Dia fikir, jika dia menambahkan target (iya, itu target yang sia-sia), dia bisa lebih bersemangat untuk menghabiskan taipan ayat-ayat, menyempurnakan perenggan-perenggan dan juga bisa untuk mengetik kata 'conclusion'. Dan, muncullah target barunya jika dia berhasil melengkapkan dan menghantar skripsinya. Tambah satu lagi tindik. Kononnya meraikan satu lagi peringkat pengajiannya. Dia punya tiga target yang disenaraikan-yang mana muncul secara semberono; satu- add another piercings, 2- dye her hair dan last- cabut giginya yang sudah parah. Jadi, dengan semangat untuk memberhasilkan target-targetnya seusai penghantaran skripsi, dia gigih, bersengkang mata, kembali mencari hasil-hasil rujukan untuk menambah isi-isi kandungan, yang mana untuk menyokong keputusan penyelidikannya. Alhamdulillah, dia berhasil menyemak, mencetak dan menghantarnya ke pusat pengajian siswazah.

Namun, setelah itu setelah dua bulan hampir berlalu, dia terus lupa akan senarai 'wishlist'nya. Dia menghabiskan hari-hariny bahagia dengan hanya menyelusuri applikasi Instagram dan Youtube, menghabiskan tiga perlima masanya. Seolah dia sudah bebas. Padahal masih ada halangan akhir yang perlu ditempuhi untuk menyatakan, ataupun menjelaskan, mengklarifikasikan, bahawasanya dia sudah lulus. LULUS  dengan erti kata yang sebenar, LULUS dengan sekeping sijil, yang bila mana dia ujurkan kepada abah dan mamanya, mereka tersenyum senang. Bangga? Mungkin. Bahagia? Juga mungkin. Tapi itu belum ya. Diingatkan dia  baru hanya berhasil menghantar dan masih menunggu keputusannya, menunggu untuk ujian satu-satunya, viva-voce. Yang berhasil menghadirkan mimpi-mimpi buruk di tidurnya. Tapi biarkan, dia hanya ingin melewati masa -masa indah sebelum vivanya sekarang.

Dan akhirnya, secara tiba-tiba dia menyelidik sebuah kedai emas yang menawarkan perkhidmatan menindik telinga di kawasan kediamannya. Bersama seorang temannya yang sedia menuruti keinginan konyolnya, dia menyerahkan telinganya untuk dibidik.  Sakitnya tersisa beberapa minit tetapi dia senang. Nur Hanis bahagia. Dari saat itu hingga kini, kumpulan bahagianya bertambah. Bibirnya masih mengukir senyum, sejak dari tadi. Mengumpul bahagia itu mudah, kerana kita yang memilihnya. 

Tuesday 16 January 2018

The First One

The first time she fell in love was in 2002. After  the last final exam on chemistry in the matriculation years. She never realized this guy, who is the most handsome as ever. She couldn't even blinked her eyes, but the moment was majestic. After a few of intels, she found he was an engineering student and she had his name engraved in her heart. There, her matriculation years.

Moving on to main campus, in her first year she still tried to find him. Occasionally she would catch a glimpse of him, due to the same building they were at. Students of Science would have classes in the Engineering buildings and she would feel very lucky and happy all day if she was able to catch him on her eyes. But those were the difficult days. And there one day, she managed to be in a same group with him. But it was not often, it was rare but she still happy. Because she thought that will be her chance of confessing, though she could never able to pull it. They were in the same committee group together for an university convocation program, and she would sometime catch her luck if he would appear sometimes in their committee meetings. but they rare, and gold. in the end, she just silently happy and gave up on confessing.

Starting the new second year, she collapsed on the news he was quitting and went to Germany for engineering. She would horribly died in her sleeps for a week. She would cried silently in the nights so that her roommates wouldn't know. she managed to hide it, though. So she endured. For years.

Few years later, he would come occasionally in her mind and the latest she heard, he's married. But still, he was the one she first ever loved. 

Thursday 9 November 2017

The Weirdest Daughter

Pagi ni dia bangun awal. Hari-hari lain pun sama juga awal, tapi hari ni berjaga sikit sebab nak lambai Amna dan Rusyda yang nak berjalan ke Taman Tema Air Gambang. Jadi hari ni dia decide nak masak tteobokki. Haha. Kemain telefon Abah yang dekat Golok pesan nak mintak tolong belikan tepung beras pulut.

So harini dia teruskan agenda yang dah lama hold sebabnya dia tak rajin. Hehe. Dah siap uli tepung-resepi dah tentulah ambil dari internet- dia pun sukalah nak masukkan keju. Alah, keju keping je. Bukan mozarella pun, Cheddar je. Konon nak improvise. Roll~ roll~. Dah siap, walaupun melekit. Ini adalah pertama kali dia buat sendiri. Sebelum ni tolong Mama je gentel-gentel onde-onde (sebab resepi tteobokki lebih kurang je dengan onde-onde) kali ni dia buat sendiri, tapi sudah tentulah dengan maklumat tambahan daripada Mama (seperti kat mana pengisar, tambah tepung biasa, etc). Dan dia pun bersungguh lah menggentel, bentukkan panjang dan potong ikut suka hati. Dengan keju di dalam.

Dah siap, dia mulakan merebus air. Tunggu sehingga air menggelegak, dia masukkan potongan tteobokki tu. Tapi isunya, tteobboki dah melekit sesama sendiri. Apabila ditarik, tercabutlah sikit-sikit dan nampaklah keju di dalam tu. Ah, dia dah stress. Macam mana ni, semuanya pun melekat. Dia letak je dalam air yang mendidih tu, rebus saja lah. Dan bila potongan tteobokki terapung, dia angkat tengoklah keju dah mencair, tinggal suku je dalam potongan tu. Ha ha ha.

Malas nak fikir panjang, dia teruskan dengan buat sos. Cili kering dia kisar, dan letak bawang putih juga bila menumis. Kemudia dia tunggu sehingga masak, sambil-sambil tu dia masukkan garam, gula, cuka makan dan jugak sos cili. Resepi asalnya letak sos cili bawang putih Thai, tapi tak ada, dia teruskan saja dengan apa yang ada. Dah tentu-tentu rasanya berubah. Tiba masanya dia masukkan potongan (dah jadi ketulan sebenarnya sebab dia menyampah dengan potongan yang berubah bentuk dan melekit jadi dia gentelkan semuanya) ke dalam sos dan tunggu sehingga mendidih.

Bila dah siap, dia terpikir apa lah agaknya Abah akan cakap pasal hasil masakan dia ni. Selalunya msakan dia memang pelik-pelik. Dan dia seorang saja yang akan makan. Dia pernah cuba doenjang chiggae (soybean soup), miso soup pun pernah dia buat. ayam masak lengkuang sebab dia ingatkan tu halia, hahahaha.

Jadi kali ini, adakah akan habis seperiuk tteobokki yang dia buat?

Monday 5 June 2017

6 Months After

Yup, May datang lagi. Ehhh dah Jun la. And it's still hot. Scorching hot. It's also Ramadhan here this time. And water shortage. Semalam berbuka secara candle light dinner. Baru nak suap masuk mulut, lampu terpadam. Mujurla bulan puasa dan hujan. Kalau tidak aku dah menambah dosa. Masa takde air memang berbakul aku kumpul dosa. Astagfirullahalaziimm. Memang teruk aku ni. Masa tu la aku tersedar, nilai iman aku setebal mana. Senipis kulit bawang. Dugaan air je pun. Dah lama dududk dalam kesenangan, tetiba sekejap je ditarik nikmat senang itu maka dah berkeluh-kesah. Dah melampau batas. Teringat aku pada satu video yang orang share di Facebook, video ni popular kalau waktu Ramadhan waktu lain tak timbul. Seorang Mufti / Imam di Mekah aku tak pasti menangis apabila membaca soalan daripada saudaraku di Somalia yang bertanya, "adakah sah puasa kami walaupun kami tidak makan apa pun setelah azan Maghrib?" Lebih kurang begitu soalannya. Masya Allah. Mufti itu menangis, kerana kita di sini membazir jutaan tan makanan. Maka saudara-saudara kami untuk mendapat nikmat makanan dan minuman itu kemain susah. Semoga Allah memberkati dan mengurniakan syurga Firdaus untuk saudara-saudaraku di sana. Ya, maka aku? Hanya tidak ada air paip aku sudah berkeluh-kesah membebel-bebel dan tidak bertindak rasional dalam mengeluarkan kata-kata. Mereka yang bekerja bertungkus-lumus memudahkan kerja orang (saudara-saudaraku yang membaiki paip pecah, yang membawa air ke tangki) berpenat lelah berpanas terik sama juga menahan dahaga di cuaca sebegini. Ya Allah ampuni la dosa-dosa yang bertebaran seperti buih di lautan. 

6 months after, aku masih begini. Masih berulang alik dari rumah ke kampus. Dan masih mengulang kembali apa yang dilakukan sebelum ini. Bilakah aku mahu habis? Dan tiap-tiap kali musim cuti, akan ada rancangan untuk bercuti, menjelajah dan melihat tempat orang, menyaksikan kekuasaan Yang Maha Esa. Dan setiap kali itulah aku jatuh cinta. Jatuh cinta dengan keindahan yang diciptakan olehNya. Terutamanya di Takayama. Ya Allah, kurniakan rahmatMu untukku menetap di situ, berbakti dan cuba berdakwah di situ ya Allah.

Friday 6 January 2017

Goodbye December

Wah. Dah lama tak update. Dah nak masuk 2017 dah pun. Jun puasa, Julai raya, Ogos main air, Sept dok dediam habiskan lab. Pun tak habis juga. October ke tasik, Nov pun struggle juga. Tapi masih sama, pun tak habis juga. December ke mana? Sambut birthday la, apa lagi. Hehe.

Second half of 2016 ni aku masih sama. Tak ubah apa-apa, kecuali makin rasa lonely. Semalam baca satu artikel di FB, tentang a lonely journey. Tepat terpanah ke hati. Jadi nak masuk tahun baru. haruslah dah mula fikir mana halatuju nanti.

Bila berkeluh kesah, aku patut fikir ramai lagi yg lagi keluh kesah yg lebih banyak daripada aku. Jangan ingat kita je yang susah. Boleh makan lagi tu patut bersyukur dah. Tapi bab nk mencari makan ni kena usaha. Bukan fikir aja. Action speaks louder than words. Gituh. 

Bulan December ni bulan banjir. Tahun lepas alhamdulillah hujan pun turun sikit-sikit je. Tidak seperti tahun sebelumnya. Tapi tahun ni, nampaknya hati langit terluka lagi. Eceh. Feeling sastera pulak. Plan masa cuti Xmas nak ke Serting, nak jejak kaki sekolah yang dah ditinggalkan selama 16tahun. Padahal nak ke kenduri kawan. Alang-alang kan, apa salahnya bergambar di pagar sekolah juga. Dah lama aku tinggalkan Serting, Juga Bahau. Curious juga, Walaupun tak ada kenangan yg extravaganza sangat pun. Selain kenaifan zaman remaja.

Tapi tidak jadi. Hujan lebat turun selebat-lebatnya pada malam sebelumnya berterusan hingga ke pagi. Air dah mula bertakung, longkang pun tak mampu menerima curahan kasih sayang dari si langit. Banjir juga di rumah, mujurlah tidak masuk ke dalam. Banyak barang dalam bilik aku ni. Knowing me, Selaku pencinta barang - Alawiyah selalu tegur, Barang tu boleh dicari, diganti, Tak payah nak kebendaan sangat :p - Tapi Wi, kenangan itu yang aku simpan. Sekurang-kurangnya itulah hardisk aku. Ewah, cepat aja nak mendangkal. Padahal kau memang suka simpan sampah kan? Hihi.

So tidak jadilah kami ke kotaraya. Hanya mampu ucapkan selamat pengantin baru semoga kekal bahagia ke syurga di facebook saja. Dah esoknya, matahari keluar tersenyum ceria. Aku pun sama, melepek jadi sotong aja. Cuti tahun baru, eh aku tidak cuti pun sebab Kelantan Terengganu tidak ambil cuti tahun baru, tapi aku ni pandai-pandai saja cuti sendiri. Jadi langsung ke Chini, kenduri kawen lagi. Pengantinnya seorang anak bongsu, yang comel bila berdepan dengan kakak-kakaknya, yg juga acah-acah cute di depan gengnya. Oh Mael.

Jadi goodbye ye December. Inshaa Allah jika diizinkan kita ketemu lagi. Mmuah.

Friday 13 May 2016

Destiny

At a bookstore.

Me: Flipping and browsing One Day by David Nichols.

You: What's that about?

Me: They were soulmates, but not meant for each other.

After one-minute pause,

You: Sounds like us.

Me: ... Yeah, just like us.

Friday 6 May 2016

El Nino 2016

Musim panas datang lagi. Panasnya ya ampuuunnnn. Asal aku ulang alik je aku mesti kesian dengan hutan-hutan yang terbakar di tepi jalan. Kering sangat. Kat rumah dah lama tak hujan. Minggu lepas aku join kem dengan budak sekolah sebab minggu sebelumnya aku kena masuk hutan.Tapi aku bagi alasan kat sv taknak join so kena la join yang kem ni. Bagi adil haha. Kem dengan budak sekolah haruslah ada adegan night walk. Aku ni memanglah penakut, jadi sampai check point 1 je dalam hutan terus nak dok situ. Partner aku kemain membebel sebab dia taknak dok situ, nak dok lagi dalam sebab lagi best nak mengusik. Aku rela jadi tunggul. Acara menunggu itulah yang paling seksa sekali sebab ko takbuat apa melainkan berdebar-debar sambil halau nyamuk, pastu sembang ngan partner ko yang xhabis pikir cara nak takutkan budak-budak.Aku awal-awal lagi kata aku malas. So kalau ko nk sergah ke apa, sila teruskan. haha. Sebabnya, aku penakut. Nanti aku pulak kena sergah. Takmo aku amik risiko. Dah la suka nak bayangkan ado langsuir kat belakang. Haduh.

Dekat 3 jam jugak night walk ni. Habis atas bukit kena lalu rumah misteri pulak.Kita ni dah la berpeluh bau masam mengantuk nak singgah toilet lagi. Mujur tak berapa lapar. Dahaga adalah. Kang perut bunyi malu pulak kat partner sebelah. Habis yang tu balik tido. Esok pagi bangun pun lambat, aktiviti sampling dengan adik-adik mentee pun ala kadar je.Siap mengantuk sama-sama lagi. Grup lain aku xtau tapi yang pasti grup aku siap tertido lagi. Aku tak boleh la tido sekali hahaha.

Esoknya hari last cepat pulak kami balik apa ntahnya aktiviti. Yang penting lepas tu kami g ronda aeon mall kb. Cari maggi ketam ya Rabbi, kedainya lambat sangatttttttttt. Nasi goreng kampung pun tunggu dekat sejam. Membebel tak habis. Mintak ais kosong pun kering tekak tunggu. Lembab. Sampai tembila dah pukul 1230 mlm. Singgah tido rumah sewa, esok pagi baru balik gongbadak.

Kenangan best, crush aku join program. Hahaha.

Sunday 13 March 2016

Kenduri

Cuti sekolah datang lagi. Aku kira tahun ni mulanya tahun aku malas nak join g kenduri. Sedara mara ke kawan.  Masa cuti raya cina ade jugak g kenduri tapi rupanya tu perasaan tak best. Bila mana ko dah tengok adik abang orang yang kawen -dulu masa orang tu kawen ko dah pi dan muka parents dia pun cam, eh solo lagi minah ni- and yet ko still g kenduri ngan parents ko. Sangat tak menarek perasaan tu. Walopon adik ipar aku ikot (adik ipar hokayy) tapi feeling tu masih tak best.
So until kenduri hari ni, aku memula nak g memandangkan mama aku dah ajak and abah pun pesan kena g semua-gunapakai untuk adik aku yang sampai jam 6 petang pon masih tak mandi lagi- maka aku pun boleh la rasa nak join. Yang spoilnya, adik aku xnak pulak pegi. Oh jadiknya aku memang tak la nak pegi kalau aku je sorg2. Bohsan and awkward. Dan tetibanya pulak ada kawan aku tanya pi tak kenuri xxxx? dude, ko ingat aku ni suka2 ke nak pi kenduri orang kalau sensorg? Annoyed OK. Nak g bekwos sedara pun malas apatah lagi bekwos kawan ala2 tak kawan. Haha. Emo petang2. 

Sunday 14 February 2016

January 2016. Ha Noi-Sa Pa(Lao Cai)

Happy Lunar New Year. Bulan lepas ada singgah Swatch kat Sunway Putra nampakla ikon tahun baru, monkey-modeled. Menggatal jugak la nak beli ahaks.

Dah masuk mid-Februari baru nak share itinerary pergi Vietnam. Aku dah lama mengidam nak jejak kaki kat Ha Noi, punyalah beria menggoda kawan aku tapi apakan daya, dia senantiasa sibuk. tiba-tiba dapat godaan (?) daripada kawan sorang lagi. Maka setuju la aku berjimba. Tujuannya ke Sa Pa, satu daerah atau kawasan dalam negeri (mungkin) bernama Lao Cai. Kawasan pergunungan, dan kebiasaannya orang tanam padi bukit. Dua tiga hari sebelum aku tiba di Sa Pa, salji lebat turun. So kesudahannya sejuklah. Kawan aku di Ha Noi, Miss Violet memang banyak kali pesan dress warm so aku pun bawaklah jaket yang tak berapa nak tebal. Jaket tebal tak muat beg ahaha. Bila tak tahan sejuk padan muka. Ahem.

Oh no, now dancing to the 'Cake By The Ocean'. Cis addicted. Okeh, setelah cam sedaya upaya jugak siapkan keje, maka aku fly dari KB-KL hari sebelumnya. Pahtu flight ke Ha Noi pagi esoknya kol 945 camtu, kami selamat boarded and landed dlm pukul 1250 tghari kot lebih kurang. Kat sini kawan aku dah request airport pick-up dari hotel yang kami booked, Hotel Hanoi Glance, sangat berbaloi dan staff sangat extra peramah cantik dan hensem semuanya termasuklah driver yang datang pick-up kami kat airport. Tapi malangnya, kami tunggu lama jugak, over 30 minutes apekah yang penyebab lambatnya tak kuasa aku nk amik tau. Sebab muncul dengan termengah-mengah campur muka hensem, kami maafkan. Ahaha. Gitulah kelebihan hensem.  

Dari International Airport Noi Bai ke bandar lebih kurang 45min to 1hr, so aku sekadar tengok pemandangan sebab selalunya jalan ke airport nih tak sibuk mana dan takde apa nk tengok kecuali ke airport di Bangkok. Sampai di Hanoi Glance Hotel, bellboy datang sambut dengan welcome drinks, buah jambu tembikai haha dan sorang staf pempuan yang lawa cakap lemah lembut pasal itinerary kami dan segala bil lah yang kami perlu bayar (booked in advance). So hotel $39/night, return tix to Sa Pa $64, Ha Long Bay trip $50 dan airport transfer $35. Dan diorang sangat attentive, bagi kami tumpang mandi dan tukar baju sebelum kami nk  Sa Pa naik tren malamnya tu. Kami siap2 untuk g ronggeng kat downtown dalam kol 4 dan ada satu famous attraction kat sini iaitu water puppet theater. Tix 100,000VND untuk few front row seats. maybe A-G? Selebihnya tiket rega 60,000VND. Penceritaan dalam vietnam lebih kurang 45mins, tapi boleh je paham kan. Sedangkan tgk drama Korea takpe takde subs, ni pun sama lah haha. Aku enjoy je. Kat downtown berlambak kedai2 jual the north face, kiplings, dan apa satu lagi tak ingat. Yang tu kawan aku kata sebab factory dia kan Vietnam so banyak la yg dijual dan rega siyes murah. Nak banding ngan tempat kita memang la kan. Then kami lapar, ada berlambak restoran tapi yang kami boleh makan hanya di restoran Thai. Itu je la ko lalu nak telan kan. Restoran halal aku tak nampak dan mungkin limited. So lepas makan kami balik ke hotel balik then tggu masa nk g train station ke Sa Pa.

Teksi ke train station dari hotel sepatutnya tak lebih 50,000VND mengikut kata mamat reception yang hensem. Dan siap anta kami depan pintu hotel sambil melambai dengan ceria. And yes that cost us 37,000VND. So sampai-sampai tren dah ada naik la sleeper coach (ye kot panggilannya) drp King's (nama brand ke company tak pasti) dan selesa. Normally satu bilik tu muat 4org, ada 4katil tp masa aku g tu dia bagi 2org je satu bilik tu. Segan jugak nak hadap org lain jugak. Tren amik masa 8jam ke Sa Pa dari Ha Noi dan sampai paginya dalam kol 530-6pg dah ada org tggu ko nk bawak ke Sa Pa. Yang ni kena hati-hati sebab dorg caj ko merapu.Kami kena caj 400,000VND utk ke bandar padahal kalu deal ngan hotel yang korg menginap kat Sa Pa, they only charge you $3. Punya jauh tu 12hengget ngan 75hengget (estimation).

So dari tren stesen ke Sa Pa town amik masa dalam 45mins to 1 hr jugak, kita akan lalu kawasan gunung-ganang. Sebab sampai pagi haruslah berkabus dan cuaca pun ala2 hujan rintik-rintik misty-misty foggy-foggy maka jarak penglihatan pun terhad. Sampai kat bandar Sa Pa, kami turun kat hote, Bamboo SaPa Hotel,charged $86.40 untuk dua malam dan tambah $3each untuk tambang ke tren stesen. Sampai pagi-pagi memang tokleh nak check-in so just tinggal luggage (backpack)vkat situ dan cari kedai nak breakfast. Laparrr.  Kat sini aku rasa kopi dia je murah haha yang lain stended rega kat mall. Coffee dalam 25,000VND. So dalam masa nak cari kedai tu berturut la orang2 tribe akan menyinggah kat ko, notably H'mong, Dzao ngan apa lagi. Yang aku tahu yang tu je sebab yg tu asik dok mengekor. So kami deal ikut tour guide ni caj $20 each untuk jalan ke kampung dia dari Sa Pa tuh.Kami ikut sebab ingat dekat, aku ingatkan sampai Cat-Cat Village tu je. Sebab kalu bukak blog ke web pasal travel Sa Pa ni dorg ada few attractions, yang include melawat kampung2 ni. Yang glemernya Cat-Cat, ngan apa ntah. Ada lagi nk g Bac Ha market tapi kami xp, even daki gunung Fansipan pun tidok. Training pun malas ahaha.

Maka episod berjalan ke kampung ni amik masa dalam 4jam. Gila. Tu ada hati lagi tanya nk gi tak kampung dia ada lagi 3jam perjalanan. Takmo ah kami. Dah la penat tido tingtong pahtu berjalan punya lama. So setelah 4jam berjalan, kami dicaj $20 sorang. Exercise berbayar. Balik naik motosikal. Bulih nak balik sendiri tapi aku tak sanggup haha. Kalu balik sindri bayar $15. Dalam keletihan tu, your guide 3 orang ni start operasi jualbarang dorg. Dah sorg menjual lagi soploh datang kerumun pakat dok pamer barang sambil jadi radio rosak dok ulang ayat sama buy one from me, you buy from her, but from me.Aku sampai meroyan mengamuk sebab ramai dok kerumun haha.Buruk perangai tol. Sama jugak bila ada anak2 anjing try2 lalu tepi aku dah histeria menjerit kat tour guide soh perambat. Kawan aku lek ja haha. Lagi scene2 mak khinzir menyonyot jalan diikuti anak2 aduss mencabar betul. Selesai aku berperang dan kawanan H'mong dan Dzao, kami balik. Kawan aku baik, dia beli je souvenirs drp dorg. Aku sebab nk cut bajet haha.

So baliknya tido, bangun pulak makan megi, advisable bawak mknn sindri sebab susah nk dapat halal food, pahtu kuar ronggeng. Tapi xleh nak jalan jauh sebabnya foggy dan sejuuuuuukkk. Dah malam kan. Apalah hiburannya selain gi massage kaki? Massage dlm 100,000VND untuk 30 menet xsilap aku. Ada jugak urut2, full body dan apa ko nak sume ada lah. Massage parlour berlambak.

Esoknya kami try nak jalan sindri ke Cat-Cat Village, jaraknya dalam 2.5km dari hotel. Try jugak la melangkah ngan kaki sakit2 tu tapi tpaksa stop sebab ada tiga ekor anjing besar dok tepi jalan yg tggu masa nak terkam kami jika kami jalan lagi. Maka patah balik dok termenung kat hotel haha. Nak ke tempat air terjun pun tak boleh sebab hujan dan ada minah kat topas ecolodge tu kami tanya pun tak rekemen sebab nanti licin dan kami kena panjat jugak. Hujan2 pun nak memanjat tu cari bala namanya. So kami spend satu stengah hari je beraktiviti sebab last 2 days tu memang xleh nk wat apa ngan berkabus and hujan rintik2 manjang so malam last kami balik ke Ha Noi.

Dari tren stesen pagi nak ke hotel ke pandai mintak kurang dengan broker. Bukan driver txi yang dok tanya2 kita tapi cam broker dok cari2 org then dia bawakkan kita ke txi. Kitorg kena 100,000VND sorang. memula tu dia mintak 150,000 tapi sebab dah terkena masa kat Sa Pa so kitorg bargained. Sampai kat hotel, ketuk2 pintu mamat reception (tak sempat tanya nama) ngan bellboy Robin bangun terpisat-pisat dan bukak pintu. So kitorg pun dok melepek kat lobby basuh2 muka tuka baju nak g Ha Long Bay pulak.

Kol 800 pagi, tour guide datang jemput, cost $50, amik masa 4-4jamstengah nak sampai. Ha Long Bay (sila google) jaranya lebih kurang 180km kot dari bandar Ha Noi. Sempat aku tertido otw. Ha Long Bay was nice sebab ko naik bot, tangkap gamba scenery, boleh feeling Che Ta masa amik gamba. naik gunung sket (nama apa xingat), lunch disediakan dlm bot. Bot kami sampai lambat so kebuluran semua yang tggu aku ngan kawan aku melahap sebab lama xdapat nasik ngan lauk sedap haha. Dalam pakej kami dia provide dah naik bamboo boat, ada 2 opt samada nk naik bamboo boat or kayak. Better la amik bamboo boat sebab ko senang nk tgkp gamba. Bambbo boat ada org tlg kayuhkan. So lepas tu dah abih kot itinerary dia maka kami pun balik ke Ha Noi. Makan megi. Nak kuar rewang dah tak larat.

Esoknya sempat kuar jap ngan kawan aku roaming downtown Ha Noi, sejuk2 sume org pakai winter coat dan sangat berfesyen. Kagum aku. Sempat merasa Vietnamese coffee, minum tepi jalan, pahtu beli souvenirs abih dlm $20-30$, pahtu gi airport. Kat airport sebab ada lagi duit aku nak abihkan, maka roaming2 kat kedai souv, then abihkan lagi $20 beli ntah pape. Sekian.


Sunday 3 January 2016

Happy New Year 2016

Selamat tahun baru. Ini post kedua untuk tahun baru. First post terdelete. Jadi, yeah, selamat tahun baru, selamat menunaikan azam tahun baru, selamat berjaya melaksanakan azam-azam lama tahun baru yang terkumpul setiap kali tahun baru. Dalam perjalanan ke uni, tengok budak-budak masuk sekolah. Yelah untuk mereka di pantai timur sesi persekolahan tahun baru sudah bermula. Masa kita darjah 6, kecik je kita tengok adik-adik darjah 5 dan ke bawah. Bila naik tingkatan 1, kita pula yang kecikkkkkkk kepala tengok abang-abang dan kakak-kakak. Naik je tingkatan 2, perangai pun dan berubah sampailah habis sekolah. For better or worse, nilailah peribadi sendiri.

Azam tahun baru, nak mula bekerja. Ekonomi makin gawat tapi kaki makin gatal nak berjalan. Hahaha. So kenalah ada duit untuk digunakan. Mana nak dapat income,kerjalah jawabnya. So kena cepat-cepat habiskan lab dan boleh fokus untuk writing. Oh azabnya nak mula menulis dan habiskan tulisan. So yeah itu azam tahun ini. Tahun lepas takde pulak berazam cenggitu.

So selamat melaksanakan azam-azam tahun baru uolss, iolss dok pikir mana nak sambut birthday tahun ni. Haha.


Ni pulak poster cite siam yang baru tengok. Keluarnya tahun lepas kot. Aku sukaaaaaaaa sebab lawak. Tak la lawak giler, tapi lawak la.Heroin pulak aduh lawaaaaaaaa. Hero persis Lee Dong Wook okeh. Tapi stended ah cite cam tak tally pun ada jugak. Plot lebih kurang segala love story yang lain cumanya heroin ni bagi aku agak friendly. Ahahha.Ngan abang hero yang ntah pape.Muka hensemtapi baran. Hahaha. Seswaaaaaaiiii sangat ngan heroin yang cooooll. 

Happy new year, again.

Sunday 20 December 2015

December in Yangon

Being in Yangon is like going 50 years back. And i'm not even born that time. Just know the feeling through the old movies and historical readings. The city itself is big, and hosted for more than 6 millions people. People drive crazily, but still abide the traffic laws. You either cross the street, or just smile awkwardly while waiting on the roadside.My friend once asked while waiting to cross the road, "we do it the normal style, or Burmese style?""Burmese style!" i quickly answered. Otherwise you'll be left behind.

People here is very nice, very friendly and there's even guarantee in the "Do's and Don'ts in Myanmar Travel Guide" about female travelers, that you are safe even when traveling alone. I do agree. I went there alone, but of course with my two amazing friends and I couldn't feel more harmless.

Going for three hours walk around the town brought me back to the colonial era, where the British occupied and and ruled Yangon, and Myanmar. The colonial buildings stood still with few changes and most of them are used for government offices and banks. It was nice to see the bustling lives in Yangon and yet still preserved the nostalgic feelings to the people. The men are seen around walking with their white shirts and sarong, maybe the official dress for them, and the ladies walked gracefully with the national dresses. Even I bought a pair of the dress, seems lovely and very hard to find ladies with long trousers. And they have this 'tanaka' powder put on their faces, as for moisturizing and for protection from the sun. I did not dare to try as i know my skin well. But it's a pleasant sight to see since everybody is doing it. Another that still amazes me, they still chew on beetle leaves with some 'gambir and kapur', and for me it reminds me to my late grandmother. Here the young and old people chew as part of their daily life activities haha.

Religion differences never been an issues, as my friend told me, "we are living harmoniously, despite that some reported issues on religious disputes." Being there, my eyes are widely open, and Myanmar I definitely come again!

And I once promised to myself  that I'll celebrate my birthday full heartedly and yes, I celebrated it big with my fellow asean friends.That's the biggest gift I can give to myself this year. Next year who knows, another big gifts perhaps?
 
Oh, mamat belakang tu hensem. Tapi saje letak gamba yg bukan skali ngan awek dia. Hahaha




Post-Thesis

Okay, dia sebenarnya tidak pernah berfikir untuk menambahkan sepasang lagi subang tindik di telinganya. Tetapi, idea itu tiba-tiba muncul a...